BINAAN KEHIDUPAN
<peringatan buat diri yang sering terlupa>
Batu-bata ini di longgokan begini sebelum perkerja binaan mangambilnya untuk
dijadikan sebagai dinding bagunan terutama rumah yang kita diami,
mestilah dindingnya dari batu-bata seperti inikan?
selepas batu-bata diikat menjadi dinding pekerja pulak akan
meratakannya dengan menyimen permukaannya supaya permukaanya menjadi licin
dan dapat menutup wajah sebenar batu-bata itu.
Itulah dinamakan binaan.
Bagaimana pulak kehidupan kita adakah sentiasa dilonggokkan seperti ini?,
tidak tersusun? jika tidak tersusun pasti akan mencacatkan pengerakan kita.
berapa lama sudah tidak disusun?
tanyalah pada diri?
Jika tidak tersusun apakah kita gembira menghadapi
kehidupan ini,apakah kita merasa manisnya
hidup atau kita sebenarnya sedang menipu diri?
atau boleh sahaja menjadi hipokrit pada diri kita.
bagaimana pula hubungan kita dengan manusia sekeliling adakah terbaik?
jika hidup tidak tersusun.
dengan ALLAH macam mana pula?
teraturkah hubungan kita denganNYA?
ATAU sekadar syarat sahaja?
hidup ini perlu susunan yang betul agar kita sentiasa
dapat mengekalkan kebaikan diri.
malah bisa sahaja menjadi teladan pada orang sekeliling kita.
bentuklah binaan hidup kita berdasarkan panduan yang ditinggalkan oleh
RASULULLAH SAW- al-quran dan sunnahnya.
bukankah RASULULLAH TELADAN yang baik untuk kita?
RASULULLAH SAW, dan para sahabat merupakan binaan kehidupan yang tersusun
yang lengkap yang menjadikan al-quran dan sunnah sebagai
rujukan dan peribadi kehidupan .
Semulia-mulia makhluk kejadian di alam maya ini adalah Rasulullah Saw yang diletakkan tinggi kemuliaannya sebagai kekasih Allah selepas Nabi Ibrahim a.s. Muhammad Saw membawa maksud Allah telah melahirkan kebesarannya bagi menjelaskan atau menyatakan dengan wahyunya, fikrah kejadiannya, keagongan segala penciptaan-Nya serta kemuliaan kepada kelahiran Nabi Muhammad Saw adalah sebagai penyuluh dan penyelamat untuk umat seluruh alam maya ini. Kelahiran atau kewujudan Nabi Saw adalah bukan sekadar rahmat kepada seluruh umat, malah untuk kita mendambarkan segala puji-pujian kepada Hakikat kebesaran Maha Suci Allah penyeru sekelian alam. Terdapat beberapa asas kemuliaan kejadian Muhammad Saw yang juga membawa maksud segala puji-pujian dan hakikatnya kembali kepada yang Maha Esa, iaitu kembali kepada Allah SWT.
BalasPadam