"Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah 'kitab terbuka' yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah 'dakwah yang bergerak'."

Jumaat, 21 Disember 2012

sahabat cermin peribadi kita

assalamualaikum....
saya tuliskan sebuah coretan untuk kita renungi bersama agar dijadikan pengajaran dalam hidup yang penuh berliku ini. bagaimanakah sahabat-sahabat kita adakah mereka baik-baik sahaja ataupun sebaliknya dengan siapakah kita berkawan? dan macam manakah sahabat kita itu?

saya listkan beberepa jenis sahabat disini . dengan 8 orang ini. periksa diri kita dengan siapakah kita bergaul saban hari dan waktu kerna ukhwahlah yang menjadikan kita ini 'kita' kita yang sebenar   

1) berkawan dengan orang kaya akan bertambah kecintaan kita pada harta dunia.
2) berkawan dengan orang miskin akan bertambah sifat redha dan bersyukur kita.
3) berkawan dengan penguasa akan bertambah sifat takbur dan sombong kita.
4) berkawan dengan wanita/lelaki bukan mahram akan bertambah syawat .
5) berkawan dengan kanak-kanak akan menyebabkan kita cinta pada permainan.
6) berkawan dengan orang fasik akan bertambah keberanian kita untuk melakukan maksiat dan        melambatkan taubat.

7) berkawan dengan orang yang soleh akan menyebabkan kita bertambah keseronokan untuk melakukan amal soleh.

8) berkawan dengan alim (ulama) bertambah kecintaan kita pada ilmu dan semangat untuk mengamalkan agama.


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " perumpamaan dua orang saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya" H,R dailami. hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ada saling membantu dalam menunaikan tujuan yang satu. tujuannya adalah berssama-sama dalam suka dan duka menuju cahayaNYA.

~pesan luqman hakim~

"wahai anakku , jadikanlah dirimu bersama para ulama, dengarlah perkataa hukama, kerna ALLAH S.W.T menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana bumi dihidupkan dengan hujan yang lebat"


Isnin, 10 Disember 2012

ATAS NAMA CINTA: pray for gaza

carilah dalam hati kamu
tentang perkataan cinta
dan tinggalkan kejahatan kamu
ego dan bangga diri kamu

dan senyuman adalah 
yang paling cantik  dan berbisa
dan senyuman adalah 
tanda kasih pada makhlukNYA

rahmat dan kebaikan pada hari kiamat
marilah kita hidup dalam kasih sayang
dan menulis perkataan cinta yang lain

marilah kita hidup dalam masyarakat 
yang faham makna cinta
makna kalimah yang baik
marilah kita hidup dalam kasih sayang

masa kasih sayang 
adalah masa yang indah
walaupun mawar itu
bukanya tidak sediktpun

masa kasih sayang 
adalah masa yang indah
marilah kita hidup
dalam masyarakat yang memahami
makna kasih sayang



-herman shah-

Ahad, 9 Disember 2012

riwayat hidup iman syafi'i







MEREKA BERZIKIR PADA PENCIPTANYA

ASSALAMUALAIKUM.....
sudah lama blog saya berdebu dan mungkin juga jika dibiar tanpa sebarang isi mungking saya sendiri juga akan terlupa, inlah hakikat kita manusia sering terlupa. pada kali ini saya ingin kongsi entri yang munking kalian semua sudah melihatnya, tetapi saya ingin mengajak kalian semua melihat dengan mata hati, supaya mata hati kita lebih terang dari mata kita.
marilah kita bersyukur dengan nikmat islam yang ada pada kita hari ini.



                                               burung ini menyebut nama penciptaNYA

singa ini juga turut memuji ALLAH

dan lembu ini juga turut berzikir pada ALLAH. ALLAH ALLAH.



-hermanshah-

Selasa, 9 Oktober 2012

TAUBAT...



(^^) Bersangka baik dengan ALLAH, put ur trust in ALLAH :'D
Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH, sesungguhnya rahmat ALLAH tersangatlah luas :) 

ALLAH tak beri apa yang kita mahu, tapi DIA beri apa yang kita perlu!!

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang" (Surah Al Zumar ayat 53)

Percayalah sahabat bahawa kasih sayang ALLAH terhadap hambaNYA melebihi kemurkaanNYA...
Jangan pandang kisah silamnya kerana kita tak tahu lagi pengakhirannya.. kerana ALLAH tidak menilai permulaan tapi menilai di pengakhiran... Tidak kira betapa kotor dan jijik nya kisah silam yang pernah dilalui pintu taubat ALLAH itu tidak pernah tertutup selagi nafas belum terhenti... Hidayah itu perlu dicari di pelajari dan difahami... Masih belum terlambat kita nak berubah.. Tapi, berubah lah kerana ALLAH apabila kita hanya mengejar cinta ILlAHI... Segala cinta yang ada pasti akan mengejar kita... insyALLAH... Semoga cinta yang ada dalam hati ini khusus hanya untuk ALLAH SWT... [♥_♥]

Tatkala hati terdetik, "Kemanakah haluanku selepas daripada dunia ini?" Menyambar kecut perut memikirkannya... Apakah aku termasuk di dalam golongan yang kanan, atau golongan yang lagi satu?? Aku tidak mahu masuk ke nerakaMu tapi aku tahu aku tak layak mahu menginjak pintu syurgaMu... "Ya Allah, aku takut akan seksaan api nerakaMU... Aku merayu pada Kau, peganglah hati aku... Jangan kau biarkan aku terus lena dengan perkara yang melalaikan... Bantulah aku supaya dapat aku merisik redhaMU memimpin aku untuk terus melakukan yang makruf..." [♥_♥]

"Ya Allah! Aku memohon cintaMu dan cinta mereka yang mencintaimu serta mencintai segala amalan yang mendekatkan diriku kepada cintaMu" (Riwayat al-Tirmizi)
jangan pernah putus mengharap, kerana Dia sentiasa ada bersama doa simbol cinta yang luhur antara hamba dan penciptaNYA♥♥.

credit (nurul nadhirah)
-hermanshah-

Isnin, 1 Oktober 2012

lantera kebahagian dariNYA

Rindukan seseorang yang bukan halal bagi kita boleh mengundang ke arah zina hati... Apabila terasa RINDU kepada seseorang yang tidak sepatutnya, sebaik-baiknya ucapkanlah "MA FI QOLBI GHAIRULLAH"... Tiada dihatiku melainkan ALLAH… Semoga Allah tidak murka kepada kita... Cinta tak perlu dicari kerana ia tersisip di lipatan hati sebab Allah akan jadikan dia jodohku yang terbaik...Cinta yang dicari p
asti akan pergi, Cinta yang datang pasti akan kekal abadi…Seandainya satu hari nanti aku dan dirinya dijodohkan bersama, biarlah jodoh itu datangnya dari ALLAH… Bukanlah jodoh itu datangnya dari JIN dan SYAITAN, kerana aku ingin bersamanya hingga ke akhir hayat dan kita akan bercinta selepas nikah...Seterusnya, bertemu semula di Syurga Firdaus…InsyaAllah… … [✿_✿][♥~✿~♥][♥_♥]





“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia…Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik...Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi...Dengan jarak ini aku dan di
a berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya...Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi...Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai...Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini...Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia... CiNtA sAyA LimitEd EdiTiOn,UnTuK yAnG haLaL sAjE... Cinta saya hanya untuk pasangan saya yang Allah tetapkan... [♥_♥] [♥~✿~♥ ]



mencari kebahagian.




jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu....

Selasa, 18 September 2012

DOA

Nak kongsi Satu doa untuk kawan-kawan yang tengah mencari-cari jodoh, jom kita doa sama-sama.. mudah-mudahan termakbul, yang menjadi persoalannya cepat atau lambat kerana itu urusan Allah mahu melihat hambanya betol2 berdoa kepadanya. Doanya bermula dengan... :

Ya Rabb.... Ya Tuhanku... 
Jika jodoh dan pasanganku telah Rabb lahirkan dan cipta untukku, maka, gerakan hatinya tuk menujuku... Jadilah
kanlah perteman pertama kami dengan sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju dan mengapai redhaMu. Rabb yang berhak atas hati hamba-hambaNya. Dan Rabb jua yang kuasa membolak balikannya.

Ya Rabb.
Bila dia jauh dari ku,dekatkanlah ia kepadaMu.
Kukuhkan ikatan hati kami dalam ribat keranaMu, pautkan hatiku dengan hatinya yg sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju redhaMu..

Ya Rabb. Yang Maha Pecinta.
Wahai pemilik cinta sejati, Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia tabahkan hatinya. Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya.

Ya Rabb. Sang Pemilik Hati.
Jikalau hatiku Rabb ciptakan untuk dia, Penuhi hatinya dengan KasihMu.
Terangi langkahnya dengan CahayaMu, Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran dan temani dia dlm kesepian.

Ya Rabb.
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu, kutitipkan cintaku padaMu untuknya. Kutitipkan sayangku padaMu untuknya. Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya. Mekarkan cintaku bersama cintanya. Satukan hidupku dan hidupnya dlm Cinta-Mu.

Ya Rabb.
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri, pasti kebahagiaan itu aku dapati. Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku.

Ya ALLAH.
Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan, baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku. Agar kami sama-sama berjamaah tuk tetap MenujuMu. Bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami.

Penuhilah dengan Rahmat dan kasih sayangMu. Aamiin Ya Rabb.

#copy paste je.. :)

HATI SANG RAJA


Allah berkata
Akulah empunya semua raja
Ditangan-Kulah hati semua raja berada
Maka,
Setiap kaum yang Aku ridha
Aku jadikan hati raja
Rahmat bagi mereka
Namun bagi kaum yang Aku murka
Aku jadikan raja itu siksa
Bagi mereka
Wahai manusia,
Jangan kalian sibuk mengutuk raja
Bertobatlah kepada-Ku
Niscaya kulunakkan
Hati mereka padamu

Selasa, 7 Ogos 2012

wahai pemuda


Wahai pemuda pemudi,sedarlah diri..
Tuhan Arasy sedang melihatmu..
Tahukah kamu, apakah balasan pada orang yang selalu buat dosa dan maksiat?
Neraka Sa’ir mengaum memanggil dengan suara yang penuh dahsyat,
Menerkam marah penuh murka ubun-ubun manusia yang berbuat jahat,
Buatlah maksiat semahu-mahu..nanti badanmu api menjilat
Dengarlah nasihatku..maksiat jangan didekat,
Ingatlah kesalahan-kesalahanmu yang sudah banyak kau buat,
Jiwamu telah tergadai jika engkau tidak segera BERTAUBAT..

Syair Imam Hassan Al-Basri

Khamis, 26 Julai 2012

kerna KaU BUNGA YANG BERHARGA JANGAN LAYU DITENGAH MASA


Jagalah dirimu sebaiknya,auratmu lindungilahnya dengan hijab
semoga syurga menjadi tempatmu wahai putri-putri kami.



Fatimah ~ Seddiqeh Vasmaqi


Setiap fajar pagi dan tirai malam menjelang aku terusik,
Sebab namamu senantiasa terlantun dalam derita
Namamu membuatku galau
Namamu mengirimkan semangat alam benak dan kalbu
Kalbuku adalah tempat meratapi deritamu
Memahami erti deritamu adalah masalahku
Berjuta-juta orang mengeluh
Sebab apa dikau menangis!
Apabila orang faham akan tangismu
---> seluruh dunia akan ikut menangis
Syurga tak membisu mendengar tangismu
Pun tak diam mendengar misteri agungmu
Mentari penuh mengandung hujan menahan beban deritamu
Kala tangan Ilahi menjamahmu dunia
---> dunia pun terpaku
Musim semi pun tiba usai kau tersenyum
Sang suria muncul dari balik wajah cantikmu
Duhai dikau yang bersemayam di atas langit ketujuh
Duhai dikau yang tumbuh dari tanah yang dingin
Duhai dikau yang telah melahirkan kesatria-kesatria perang!
Duhai dikau yang di hadapanmu Saturnus berlutut!
Bersamamu Kitab Suci terpercik darah tersibak
Bersamamu musim bunga tulip tiba
Kemarahanmu bercampur dengan kemarahan Kebenaran
Belati ditarik dari sangkurmu agar
---> tak tersentuh oleh kesia-siaan
Pusaramu tersembunyi dari kawan mahupun lawan
Mengingatimu menjadikan fikiranku cerah
bahagia dan kadang juga sedih
Dalam fikiranku, dikau bak semangat yang menyala
Dalam fikiranku, dikau bak misteri
Tanpamu jalan menuju cinta menjadi kabur
Sang musafir menjadi longlai dan bisu
Meski kuciptakan bayangan wajahmu dalam fikiranku
---> tetap saja aku belum mampu mendekatimu
Apa saja yang kukatakan
---> belum mampu mencitrakanmu!
Siapakah yang mampu melantunkan syair sesuai citramu?



Puisi ini merupakan nukilan Seddiqeh Vasmaqi, dari Universiti Tehran 
yang cuba memotretkan sosok Fatimah.


Kita Tagih Reda-NyA


Kasih sayang adalah
wangian yang abadi
tidak dapat ditukar ganti
dengan dunia dan harta.

Persembahan yang diterima
Tuhan, itulah ikhlas
tersembunyi di ruang hakiki
jiwa yang suci.

Kita tagih reda-Nya
kehidupan hanyalah mimpi
ketuklah pintu waktu
berulang kali untuk
mencari nilai diri
saudara-saudaraku.

- ISMAIL MOHAMAD, Kepong, Kuala Lumpur. 


Ahad, 8 Julai 2012





KITA JUGA PERLU MELIHAT KELUAR SANA....


Mari kita merenung sejenak, apa yang anda pikirkan tentang gambar ditepi?siapa dia?dan dimana anda saat ini?.Walapun dia tidak mempunyai pekerjaan yang lebih baik namun dia tidak pernah mengeluh akan pekerjaan itu. Dia berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi yang diperlukan dalam kehidupan sehari-hari agar dapat tetap hidup dan menjadi lebih baik. Bila dibandingkan dengan kita sangatlah jauh berbeza keadaan baik dari fisik maupun non fisik. Dia berjalan tanpa arah yang dituju demi mendapatkan apa yang dia perlukan. Walapun pada masa itu yang seharusnya dalam keadaan mencari ilmu tapi dia ingin juga namun dia harus membantu orang tuanya atau mencari keperluan sehari-harinya. Mengumpulkan sesuatu untuk ditukarkan dan menghasilkan apa yang dikehendakinya. Walaupun panas maupun hujan dia harus melakukan kegiatan ini dengan suka ria. Dia menghampiri setiap tong-tong sampah yang ada dipinggir jalan dan memungut botol-botol plastik dengan telapak tangan atau menggunakan besi yang akan dikumpulkan menjadi satu kemudian ditimbangan dan menghasilkan wang yang tidak seberapa namun jauh lebih suci dari apa yang kita dapat, untuk memenuhi keperluannya sehari-harinya. Walapun menggunakan pakaian yang lesu dan kotor itu dia tetap harus melakukan kegiatannya itu dengan senang hati tanpa rasa malu pun. Bila dibandingakan dengan kita apa yang anda pikirkan?


-pelitadinihari-
kota acheh


Rabu, 29 Februari 2012

Mereka berkata atau sebenarnya kita yang berkata-kata????

dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG

"PERINGATAN BUAT DIRI YANG SENTIASA LUPA"
pernah berkata? tak pernah ala kau tipulah.. ada yang berkata-kata selepas itu senyap. ada yang sekadar memerhati lantas berlalu tanpa mau berkata-kata. malah yang paling banyak pernah dijumpai ialah yang paling banyak berkata-kata tentang itu dan ini. ini boleh itu x boleh ,itu boleh dan ini tak boleh macam-macam kata-kata ada yang diluahkan oleh kita semua bukan?
lantas perihal hidup dalam setiap berkata-kata.. hidup untuk apa ya???????

pernah dengar? ada yang berkata tentang harta,wanita,pangkat,darjat. lucu betullah tetapi itulah yang dikatakan.pelik tapi itulah kebenarannya. jelik tapi itulah yang dikejarnya. TETAPI  ada juga yang melemparkan kata-kata seperti ini " dalam hidup segalanya  memerlukan wang"  malah ada yang berkata "wang bukan segalanya" lantas bertebaranlah mereka mencari wang menyingkap isi alam pemberian tuhan ini untuk meneruskan hidup ini kerana hidup mereka dipenuhi keinginan wang. dan yang terlarang menjadi halal.

darjat dan pangkat amat penting dalam hidup mereka berkata. kerna hidup hebat perkasa dengan tangan yang sering menunding memberi arahan lantaran itu yang berdarjat dan berpangkat terus menerus meninggi maka golongan marhean yang tidak punya nama akan terus terpijak. lantas apa guna hidup tanpa pangkat darjat. hanya tinggal mereka yang menghina dan mencela.

ada yang berkata malah sempat lagi malaungkan dengan suara yang keras " wanita adalah segalanya pelengkap hidup" tapi suara nurani mereka berkata hidup harus dilengkapi wanita selagi muda remaja. dalam benak tiada yang terlintas hanyalah nafsu-nafsi pada hawa. maka ghairah mereka meneroka pelusuk alam mencari belahan jiwa yang untuk melepaskan rindu,cinta kasih dan sayang tanpa sempadan. terbuailah merea dengan mimpi yang sempurna hingga membelangkangi tembok larangan wanita.

dan seterusnya ada yang berkata makan untuk hidup tapi sebaliknya hidup untuk makan dan makan, makan selagi terdaya. maka lahaplah golongan yang berkata hidup untuk makan  itu makan pelbagai jenis makanan menikmati kelazatan dunia sehingga mebelakangkan mereka yang terkiar-kiar mencari sesuap nasi . dan akibat kelazatan itulah maka terlantarlah mereka di hospital dan yang terkiar-kiar itu masih tegar berdiri mencari makan untuk meneruskan sisa hidup


sunguh banyak benar yang berkata-kata, inilah nikmat hidup dalam dalam setiap susunan kata-kata yang terucap rapi dalam bait-bait ayat buat renungan bersama-sama.
dan aku berkata hidup perlukan semua namun dalam kesederhanaan biarlah biasa namun selesa. bagi aku insan biasa hidup perlukan hati yang diisi dengan iman moga dengannya bisa berkata..... hidup untuk tuhan..





                                                                                                                                      tinta -insan kerdil-

Isnin, 27 Februari 2012

TIDAK PERLU BERSEDIH KERNA KITA 
OARNG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH

Firman ALLAH SWT di dalam surah al-hujurat ayat 17, bermaksud; " sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan"

seorang muslim akan bersyukur terhadap nikmat berupa hidayah dengan mengenal agama islam.
sebagai muslim kita seharusnya selalu mengingati bahawa Allah tidak menetapkan kita untuk menjadi seperti orang kafir yang tidak mengakui tuhan, membangkang ayat-ayantNYA,sikap yang mengingkari sifat-sifatNYA sikap yang melawan ZAT yang telah menciptakannya dan memberi rezeki. mereka juga mendustakan ajaran yang dibawa oleh para rasulNYA dan kita yang mereka bawa serta tidak mengendahkan segala ajaranNYA.

Oleh yang demikian, ingatlah bahawa kita adalah seorang muslim yang beriman kepada ALLAH,utusanNYA,dan hari pembalasanNYA, serta menjalankan semua yang difardukan meskipun masih jauh dari apa yang diharapkan. semua ini menurut ALLAH, merupakan nikmat yang tiada ternilai harganya, tidak boleh diperjualbelikan dengan harta benda, yang tidak mungkin boleh dihitung dan tiada bandingannya.

ALLAH swt berfirman dalam surah as-sajadah ayat 18 yang bermaksud " maka apakah orang yang beriman seperti orang fasik (kafir)? mereka tetulah tidak sama."




Isnin, 13 Februari 2012

BINAAN KEHIDUPAN 


<peringatan buat diri yang sering terlupa>

Batu-bata ini di longgokan begini sebelum perkerja binaan mangambilnya untuk 
dijadikan sebagai dinding bagunan terutama rumah yang kita diami,
mestilah dindingnya dari batu-bata seperti inikan?
selepas batu-bata diikat menjadi dinding pekerja pulak akan 
meratakannya dengan menyimen permukaannya supaya permukaanya menjadi licin
dan dapat menutup wajah sebenar batu-bata itu.
Itulah dinamakan binaan.
Bagaimana pulak kehidupan kita adakah sentiasa dilonggokkan seperti ini?,
tidak tersusun? jika tidak tersusun pasti akan mencacatkan pengerakan kita.
berapa lama sudah tidak disusun?
tanyalah pada diri?
Jika tidak tersusun apakah kita gembira menghadapi
kehidupan ini,apakah kita merasa manisnya 
hidup atau kita sebenarnya sedang menipu diri?
atau boleh sahaja menjadi hipokrit pada diri kita.
bagaimana pula hubungan kita dengan manusia sekeliling adakah terbaik?
jika hidup tidak tersusun.
dengan ALLAH macam mana pula?
teraturkah hubungan kita denganNYA?
ATAU  sekadar syarat sahaja?

hidup ini perlu susunan yang betul agar kita sentiasa
dapat mengekalkan kebaikan diri.
malah bisa sahaja menjadi teladan pada orang sekeliling kita.
bentuklah binaan hidup kita berdasarkan panduan yang ditinggalkan oleh 
RASULULLAH SAW- al-quran dan sunnahnya.
bukankah RASULULLAH TELADAN yang baik untuk kita?
RASULULLAH SAW, dan para sahabat merupakan binaan kehidupan yang tersusun
yang lengkap yang menjadikan al-quran dan sunnah sebagai
rujukan dan peribadi kehidupan .


Rabu, 8 Februari 2012

"WA ANA KAMAN"
<PART 2>

adik2 menyertai sukaneka

 membawa bola pingpong dalam sudu

 memberi penerangan kepada para fesi

 membawa getah bersama straw

 menanti untuk bermain futsal


 adik2 menunjukan semangat kesukanan yg tinggi
 permainan abg long cakap
 pengarah bergambar bersama tmbl pebgarah dan s/u
 si kecil ain yang pemalu untuk bergambar
 malam penutup yang memberi 1001 makna kepada mahasiswa


 bersama barisan vip
 suadara farid membaca doa
 memberi ucapan penutup dan kata2 semangat kepada adik2
 bersama mudir rumah anak yatim darul izzah bangi
 barisan ajk tertinggi bergambar bersama PROF AZIZ

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA SAHABAT

'semoga pengalam yang diperoleh ini mematangkan diri yang sering terlupa akan kesenangan yang diperolah'

Selasa, 7 Februari 2012

"WA ANA KAMAN"




 ketibaab mahasiswa kerumah anak yatim darul izzah bangi

 peserta berkumpul untuk memulakan majlis
 saudara farid menjadi ketua untuk selawat sempena maulid rasul.

 sesi berkenalan bersama anak2 yatim
 makan bersama VIP-pengarah pgrm,timbalan,s/u, mudir dan pengetua darul izzah n taqwa

 adik2 n fesi mkn bersama2
 memulakan aktivi pertama membentuk kumpulan,dan moto kumpulan
 si kecil ini happy

 gotong royong memasak nasi ayam "pengarah powm turun gak memasak"
 sifu program
 sedang membahagi kumpulan

 adik2 bersama fesi melukis dlm pertandingan melukis
 membentangkan replika yg dicipta
 tersenyum

menanti makan tengahari