"Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah 'kitab terbuka' yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah 'dakwah yang bergerak'."

Selasa, 24 Januari 2012

sedap makan guna tangan....



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

ketika sedang leka membaca sebuah buku yang dipinjamkan dari seorang sahabat ,ak terbaca cebisan catatan yang telah diambil oleh penulis dalam internet mengenai seorang kerabat diraja kedahyang menetap di selangor bernama tengku kudin yang berkisarkan tentang makan menggunakan tangan... catatan ini ditulis oleh seorang isteri pegawai inggeris di selangor pada jaman penjajahan dulu didalam bukunya ( chersonenese-the guilding off: oleh EMILLY INNES)

INI CATATANNYA...
PADA suatu hari tengku kudin telah dijemput oleh residen british untuk menghadiri satu jamuan makan malam dirumah resident tersebut. ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan , tengku kudin tiba-tiba bangun menuju ke paip air dan membasuh tangannya. tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu,beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.
telatah ini telah diperhatikan oleh seorang wanita inggeris yang kebetulan duduk disisnya, lantas diajukan soalan kepada tengku kudin "kenapa anda makan dengan tangan? bukankah menggunakan sudu dan garpu lebih bersih dan sopan?" dengan selamba tengku kudin menjawab pertanyaan itu sehingga dapat didengari oleh orang lain ," sya makan dengan menggunakan tangan sekuranya ada tiga sebab: pertama = saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya-bukan orang lain.sudu dan garpu ini dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersihnya. kedua= saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakanya-tidak pernah dipinjam oleh orang lain,sedangkan garpu dan sudu iti ramai yang munggunakanya. ketiga= sya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang. '" 
 semua yang ada disitu terlopong mendengar jawapan tengku kudin ,jika sebelum ini mereka tersenyum sinis memandang tengku kudin makan dengan tangan , tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan logiknya jawapan tersebut....

pada kita ayuh kawan-kawan semua jom ikut sunnah RASULULLAH SAW...




dipetik dari buku: TUHAN ITU DEKAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan